Guru berdepan tindakan tegas – Fadhlina

Iklan
Fadhlina memberitahu, KPM sememangnya mempunyai garis panduan berkaitan penglibatan guru di medan sosial.

"Tidak boleh guna sewenang-wenangnya jika tidak tindakan tegas akan diambil jika terbukti mereka melanggar garis panduan.”

Ini reaksi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek apabila mengulas saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menguatkuasakan undang-undang bagi mengekang tindakan guru yang memuat naik bahan berkaitan isu dalaman sekolah di media sosial.

Iklan
Iklan

Menurut Fadhlina, KPM sememangnya sudah mempunyai garis panduan yang berkaitan.

"Garis panduan itu termasuklah kandungan yang dihasilkan (guru) mestilah memberikan pedoman dan untuk tujuan baik, kita pantau perkara tersebut dari semasa ke semasa dan ia memang dalam radar pemantauan.

Iklan

"Oleh itu, kita (KPM) minta guru juga sama-sama memastikan garis panduan tersebut dipatuhi kerana ia telahpun dilaksanakan,” ujarnya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM kali ke-8 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, pada Isnin.

Seramai 6,616 graduan diploma KV seluruh negara diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM kali ke-8 yang berlangsung selama lima hari bermula 29 Februari hingga 5 Mac 2024.

Iklan