Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebagai usaha menjayakan inisiatif ini, sekolah-sekolah di bawah KPM di Semenanjung diseru untuk melanggan akhbar Sinar Harian, Berita Harian, dan Utusan Malaysia.
"Sekolah-sekolah KPM diseru melanggan akhbar-akhbar tersebut yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.
"Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah dengan menggunakan peruntukan sedia ada,” katanya.
Iklan
KPM juga percaya inisiatif ini dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.