MPP PSA dapat RM10,000 daripada Menteri Pendidikan Tinggi

Iklan
Zambry (tiga dari kiri) sewaktu menyertai moreh bersama pelajar PSA, Shah Alam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan sumbangan RM10,000 daripada geran Yayasan Siswa (YPS) kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bagi tujuan program dan aktiviti pelajar.

Menurut Zambry, KPT sentiasa menganggap mana-mana institusi di bawahnya sama ada institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik mahu pun kolej komuniti sama penting serta mempunyai peranan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Tujuannya adalah untuk melonjakkan pendidikan tinggi ke persada lebih baik," katanya.

Zambry berkata demikian selepas meluangkan masa menikmati jamuan moreh dan beramah mesra dengn para pelajar selepas menunaikan solat Isyak solat sunat Tarawih di PSA, Shah Alam pada malam Rabu.

Iklan

Beliau turut berkongsi keterujaan apabila pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Nur Abdullah Hadi Sabarudin dan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Muhamamd Amin Nordin mengimamkan solat sunat Tarawih serta memimpin bacaan doa.

"Menariknya di PSA ialah mereka menawarkan pengajian Diploma Politeknik berserta Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-Politeknik yang dinamakan Program Techno Huffaz PSA," kata Zambry lagi.

Iklan

Zambry bergambar kenangan bersama-sama pelajar dan warga PSA, Shah Alam.

Sementara itu, Yang-Dipertua MPP PSA, Ishqi Noremey menzahirkan kegembiraan dan merancang menggunakan sumbangan tersebut sebaiknya dalam menjalankan aktivitiaktiviti pelajar.

"Kami merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas sokongan dan sumbangan KPT kepada MPP PSA.

"Saya berharap KPT terus menyokong MPP serta menyumbangkan tenaga dan idea agar dapat menaikkan nama Politeknik Salahuddin Abdul Aziz Shah,” katanya.

Seramai 500 pelajar dan kakitangan PSA mengambil peluang bertemu Zambry bersama pengurusan tertinggi KPT dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Mohamad Azhan Md Amir; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail dan Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts Dr Ahmad Aftas Azman.