‘Jika terlihat murid ini, mohon hubungi sekolah dan ibunya’

Iklan
Siti Dhia Batrisyia didapati hilang sejak 12 Mac lalu.

Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Pudu 1, Kuala Lumpur memuat naik hantaran di laman Facebook, pada Jumaat, mengenai kehilangan seorang murid perempuannya.

Murid yang dikenali sebagai Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar didapati tidak pulang ke rumah sejak 12 Mac lalu.

Iklan
Iklan

"Sekiranya tuan/puan ada menerima sebarang maklumat, sila hubungi ibu beliau di talian 012-641 1600 atau maklumkan kepada pihak sekolah dan guru-guru SK Perempuan Pudu 1.

"Sama-samalah kita doakan agar adik Siti Dhia dijumpai dalam keadaan selamat dan sihat. Bantuan anda amat dihargai,” kata kenyataan itu.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen di Facebook pula, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dan menitipkan doa agar Siti Dhia Batrisyia segera dijumpai.

"Semoga anak ini dijumpai dengan selamat. Jauhi daripada sebarang musibah dan dalam lindungan ALLAH SWT. Semoga dipermudahkan urusan.”

Iklan

"Moga dipermudahkan segala urusan.”

"Ya ALLAH permudahkanlah urusan pencarian anak kecil ini dan ditemui dengan selamat.”

"Baru mula sesi persekolahan, moga dipermudahkan urusan.”

"Semoga ALLAH lindungi dan pertemukan anak ini kembali.”

"Semoga anak ini dijumpai dengan selamat.”

"Allahuakbar. Semoga dijumpai selamat. Baliklah anak.”