Jom ambil tahu jenis-jenis memanah!

Iklan
Pertandingan memanah yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.
Sukan memanah semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya generasi masa kini untuk mempelajari sukan itu sama ada secara suka-suka atau menjadi atlet negara suatu hari nanti.

Apatah lagi dengan kemunculan atlet memanah ‘recurve’ negara, Ariana Nur Damia Mohamad Zairi yang sudah berjaya mencipta nama di usia 19 tahun.

Tidak hairanlah kejayaannya itu mendorong anak-anak muda untuk turut sama mengikut jejak langkah dalam mendalami ilmu sekali gus mencipta kejayaan sama sepertinya.

Sebelum turun berlatih secara praktikal, Sinar Bestari kongsikan tiga jenis memanah yang ada sebagai ilmu tambahan kepada pembaca.

Jom kita lihat!

Memanah tradisional.
Iklan
Iklan


Memanah tradisional

Memanah tradisional merupakan memanah yang diamalkan sejak dahulu lagi. Ia digunakan sama ada untuk memburu atau sebagai senjata perang.

Alatan yang digunakan tidak berat dan tiada alat-alat bantuan lain dalam mencari komponen ketika melakukan panahan.

Ia juga boleh dibeli dengan harga murah berbanding alatan memanah moden.

Memanah recurve tergolong dalam kategori moden.
Iklan
Iklan


Memanah moden

Memanah moden terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘barebow’ dan ‘recurve’.

Kedua jenis ini menggunakan alatan yang lebih kurang sama dan sedikit berat kerana busurnya memerlukan komponen-komponen penting bagi melakukan panahan tepat kepada sasaran.

Memanah compound yang unik.


Memanah compound

Memanah ini amat dikenali dalam kalangan masyarakat.

Rupa alatannya seperti terdapat roda dia bahagian atas dan bawah busur, bebannya agak berat serta harganya yang sangat luar biasa.

Ia boleh digunakan untuk menangkap ikan di sungai atau laut.