Isu murid padat dirujuk kepada PM

Iklan
Aiman Athirah ketika mengadakan perbincangan dengan pegawai PPD Sepang.

Masalah di SK Cyberjaya itu akan turut dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan

SHAH ALAM - Isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya akan dirujuk semula kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu menjelaskan, isu kepadatan murid di sekolah berkenaan telah disuarakan dan dibincangkan dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang.

Iklan
Iklan

Ujarnya yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hal itu juga telah dimajukan untuk perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Fadhlina.

"Saya juga mengambil maklum akan projek pembinaan SK Cyberjaya 2 yang telah pun dimulakan dan dijangka siap pada tahun 2028.

Iklan

"Sejak tahun lepas, beberapa tindakan dan cadangan telah dimaklumkan oleh PPD Sepang kepada saya dalam menghadapi situasi ini.

Aiman Athirah

"Ia termasuklah penyuraian pelajar ke beberapa sekolah berhampiran, rancangan penyediaan bangunan kelas kabin sementara menanti bangunan SK 2 Cyberjaya siap dan kewajaran menyewa bangunan sementara untuk dijadikan sekolah dan kelas," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Menurut Aiman Athirah, beliau difahamkan bahawa semua perkara tersebut sudah berada dalam pertimbangan dan tindakan pihak KPM.

Pada Sabtu, Aiman Athirah mengadakan perbincangan dengan pegawai PPD Sepang dan seterusnya melawat ke lokasi cadangan awal bangunan sekolah sementara SK Cyberjaya 2 di CoPlace 13 Cyberjaya.

Lawatan berkenaan bagi merundingkan beberapa hal untuk kepentingan, kesejahteraan dan keselesaan murid di sekolah berkenaan.

Aiman Athirah