Keputusan STAM boleh disemak 26 Mac ini

Iklan
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada 26 Mac ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2023 membabitkan seramai 4,058 calon akan dikeluarkan pada 26 Mac 2024.

Menurutnya, calon sekolah boleh memperoleh keputusan seawal pukul 10 pagi di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian keputusan dihantar melalui pos atau boleh hubungi jabatan pendidikan negeri tempat pendaftaran menduduki peperiksaan tersebut.

"Calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah.

"Yang pertama, secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2023 mulai pukul 10 pagi (26 Mac 2024) hingga 6 petang (1 April 2024).

"Atau secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM(jarak)Number Kad Pengenalan(jarak)AngkaGiliran dan hantar ke 15888," maklumnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain itu, bagi SMS ia akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi (26 Mac 2024) sehingga 6 petang (1 April 2024).

KPM juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan STAM bagi tahun 2023.