KPM dukacita, bertegas tidak kompromi kes buli

Iklan
Anggota polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mayat pelajar ditemui dengan kesan beberapa kecederaan di tubuh mangsa di asrama kolej vokasional di Lahad Datu di Sabah semalam. Kredit: Ihsan PDRM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azman, pelajar kolej vokasional dekat Lahad Datu di Sabah yang telah meninggal dunia semalam.

Dalam kenyataan media hari ini, KPM memaklumkan, kematian mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa dan pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh.

Iklan
Iklan

Malah, kementerian menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa.

"Setakat ini, KPM telah bertindak dengan menyalurkan bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa.

Iklan

"Kami juga turut menawarkan sokongan psikososial kepada keluarga mangsa, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej berkenaan.

"KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya," ujar kenyataan itu.

Iklan

Semalam, Muhd Nazmie Aizat ditemui mati di bilik asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada jam 6.50 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

"Mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

"Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa,” ujarnya.

Kata beliau, pihaknya mengenal pasti punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.