AI bermula sesi persekolahan 2027

Iklan
Fadhlina

Sesi persekolahan 2027 bakal menyaksikan murid sekolah rendah diajar mengenai asas kecerdasan buatan (AI).

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Kurikulum Persekolahan 2027 menjadikan fasih digital (celik digital) sebagai satu daripada tujuh kompetensi yang perlu dikuasai murid.

Iklan
Iklan

Ujarnya, murid fasih digital berkemampuan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah serta mencipta sesuatu yang baharu menggunakan konsep pemikiran komputasional.

"Mereka akan diperkenalkan dengan asas AI dalam mata pelajaran Teknologi Baharu dan Digital.

Iklan

"Penerokaan dan aplikasi AI selanjutnya akan diteruskan di peringkat sekolah menengah bagi mata pelajaran yang sama dan juga dalam subjek Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi,” ujarnya.

Fadhlina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkenalkan mata pelajaran berkaitan teknologi AI di peringkat sekolah.

Iklan

Terdahulu, AI merupakan teknologi yang meniru kepintaran otak manusia dengan kemampuan untuk belajar memperbaiki mutu kerjanya dari semasa ke semasa hingga dapat berfungsi lebih cekap dan sempurna bagi melaksanakan suatu tugasan.