4 tip kekal sihat sepanjang Ramadan

Iklan

1) Jangan lupa untuk sahur

Sama seperti sarapan, sahur merupakan bahagian terpenting untuk menambah pengambilan tenaga selama menjalani aktiviti seharian hinggalah waktu berbuka.

Iklan
Iklan

Adik-adik digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya lapan hingga 12 gelas sehari dan boleh memenuhi keperluan air tersebut ketika berbuka hingga sahur bagi membantu badan kekal terhidrasi.

2) Tidur yang cukup

Iklan

Adik-adik hendaklah menjaga waktu tidur agar dapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam. Ini bagi memastikan badan kekal bertenaga dan tidak mudah lesu menjalani aktiviti harian di sekolah.

3) Makan seadanya untuk kekal sihat

Iklan

Adik-adik dinasihatkan agar makan seadanya ketika berbuka puasa dan tidak mengikut kehendak nafsu. Makanlah makanan ringan seperti jus buah, kurma atau air putih diikuti dengan beberapa jam kemudian dengan makanan lebih berat.

4) Kurangkan pengambilan makanan atau minuman manis

Perkara ini perlu diberi perhatian oleh adik-adik terutamanya mereka yang berdepan jisim indeks tubuh (BMI) paras obesiti. Ia kerana tanpa disedari, minuman dan makanan yang manis boleh menyebabkan kenaikan berat badan.