Permohonan politeknik, kolej komuniti sudah dibuka

Iklan
Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) memaklumkan, permohonan kemasukan pelajar Sesi 1: 2024/2025 ke program sijil dan diploma di 36 politeknik dan 105 kolej komuniti melalui e-Borang MyPolyCC telah dibuka mulai 3 April hingga 10 Mei 2024.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan.

Iklan
Iklan

"Ia dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (bukan tahun semasa), lepasan Sijil politeknik, kolej komuniti, kolej vokasional dan Institut Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

"Permohonan juga dibuka kepada lepasan Institut Kemahiran Majlis Amanah Rakyat (Mara), Institut Pertanian Malaysia dan lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) bagi semua program pengajian sijil dan diploma politeknik dan kolej komuniti,” kata JPPKK dalam satu kenyataan.

Iklan

Seterusnya, permohonan juga dibuka kepada pelajar yang tamat pengajian Tingkatan Lima, sekolah pendidikan khas bagi 13 program Pendidikan Esklusif orang kurang upaya (OKU) yang ditawarkan di lima buah politeknik dan 13 buah kolej komuniti.

Tawaran ini terhad kepada kumpulan pelajar OKU (masalah pendengaran) dan OKU (masalah pembelajaran).

Iklan

Sementara itu, melalui agenda peluasan akses, mulai sesi 1: 2024/2025 lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka laluan permohonan ke program diploma politeknik dan kolej komuniti.

Malah, pemilik sijil Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) juga dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat sijil dan diploma.