Sepakat galak transformasi pendidikan digital Selangor

Iklan
Dari kiri: Pengasas Bersama Orangeleaf Consulting, Ellice Ng Pui San; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Orangeleaf Consulting, Tim Hendricks; Presiden Lembaga Pengarah STDCx, Mohd Nazri Noh, Amirudin; Ketua Pegawai Hasil Mendix, Edwin Severijn dan Ketua Pegawai Eksekutif Mendix, Raymond Kok.

Pusat pembangunan profesional teknikal kerajaan negeri Selangor, Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDCx) dan platform pembangunan aplikasi kod-rendah yang terkenal di peringkat global, Mendix - sebuah organisasi di bawah Siemens, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama perundingan kod-rendah terkemuka di Malaysia, Orangeleaf Consulting.

Acara itu berlangsung di pameran teknologi perindustrian terbesar dunia, pameran perdagangan Hannover Messe 2024 di Jerman, di mana syarikat-syarikat daripada sektor tenaga, digital dan mekanikal serta kejuruteraan elektrik berkumpul untuk membincangkan penyelesaian bagi masa depan bekalan tenaga dan pembuatan.

Iklan
Iklan

Dengan topik yang diketengahkan termasuk pendigitalan, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin, perkongsian strategik antara STDCx, Orangeleaf Consulting dan Mendix, bertujuan bagi memacu kemajuan teknologi dengan kod-rendah Mendix, memupuk bakat tempatan dan mempromosikan inisiatif transformasi digital dalam industri di Selangor, Malaysia.

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2024, sejumlah RM13.85 juta diperuntukan bagi meningkatkan peranan pendidikan teknikal dan vokasional di Selangor.

Iklan

Platform kod-rendah Mendix juga menjadi sorotan di Parlimen apabila teknologi termaju bersedia untuk mengubah pembangunan teknologi negeri.

Untuk rekod, MoU ini adalah selaras dengan visi dan misi Selangor.

Iklan

Turut hadir menyaksikan perasmian kerjasama itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut Amirudin, yang membezakan Mendix sebagai platform kod-rendah adalah kepantasannya memasuki pasaran berbanding bentuk pengekodan tradisional.

"Mereka yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pengekodan dengan mudah boleh menyesuaikan diri mengaplikasi platform kod-rendah Mendix dan dengan efisien membangunkan perisian yang memenuhi keperluan sesebuah organisasi.

"Dengan keupayaan dan ketangkasan yang kukuh, kerjasama ini sejajar dengan misi Selangor untuk menggalakkan kemajuan teknologi, mengurangkan jurang digital, dan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

"Kami menjalinkan kerjasama erat dengan Mendix dan pihak berkepentingan lain bagi memaksimumkan manfaat perkongsian ini.

"Kerajaan negeri akan meningkatkan peranan kami dalam merangka peningkatan kejayaan untuk masa depan perniagaan tempatan, menyelaraskan silibus dengan institusi pendidikan dan mengetengahkan potensi pengajian bidang teknikal dan vokasional peringkat tinggi yang belum diterokai pada peringkat komuniti.

"Persefahaman dengan Orangeleaf Consulting ini bukti komitmen kami dan kami berhasrat mengadakan perkongsian serupa dengan pihak yang berminat dalam ruang ekonomi digital yang berkembang pesat ini.

"Perkongsian seperti ini akan membuka ruang bagi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dan bergaji tinggi kepada anak muda Selangor.

"Sebagai kerajaan negeri, kami berhasrat menyediakan platform terunggul dan membimbing bakat terbaik di Malaysia untukbekerja di Selangor dan bersaing dengan yang terbaik di dunia," kata Amirudin selepas menyaksikan MoU berkenaan di Hanover, Jerman baru-baru ini.