‘Dunia tanpa batasan, kecerdasan buatan melangkaui akal!’
Ungkapan di atas merupakan isyarat jelas bahawa pelajar kita perlu bersedia dengan teknologi masa kini.
Perkembangan dunia yang mula berpaksikan Revolusi Industri 4.0 (IR4) banyak memberi impak kepada pelbagai bidang antaranya pendidikan untuk mengadaptasikan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta robotik.
Oleh itu, adalah penting untuk menerapkan pembelajaran bidang ini kepada semua pelajar agar Malaysia dapat melahirkan lebih ramai insan yang berkualiti terutamanya dalam STEM, Sains dan teknologi serta robotik.
Iklan
Menyedari kepentingan itu, kali ini Sinar Bestari mendapatkan perkongsian daripada guru yang terlibat mengajar STEM dan robotik.
Iklan