"Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu dilaksanakan jika sekolah-sekolah di kawasan cuaca panas ditutup,” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang seperti dipetik portal tempatan.
Menurut beliau, NUTP menyokong langkah menutup sekolah sekiranya situasi (cuaca panas) memberikan kesan buruk kepada kesihatan murid.
Namun katanya, proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dihentikan biarpun sekolah ditutup.
Mengulas mengenai PdPR, Aminuddin berkata, pengalaman terdahulu sudah tentu membolehkan PdPR dapat dilaksana dengan lebih tersusun dan berkesan berbanding sebelum ini.
Sinar Bestari dalam artikel bertarikh 6 Mei memaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, penutupan itu dilakukan berikutan cuaca panas yang sedang melanda beberapa negeri ketika ini.