Para guru di mata Fadhlina

Iklan
Guru merupakan salah satu sosok terpenting selain ibu bapa dalam mendidik anak bangsa. Gambar kecil: Fadhlina.

Tahap kepuasan tertinggi bagi seseorang pendidik ataupun guru apabila melihat sekecil-kecil kejayaan yang dicapai oleh anak didik mereka.

Itu adalah kenyataan yang dikongsi oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek mengenai sambutan Hari Guru di laman Facebooknya pada Rabu.

Iklan
Iklan

Kongsi Fadhlina, beliau juga pernah mengajar dan amat suka memberi ilmu kepada pelajar.

"Selepas bertahun-tahun menjadi seorang peguam, saya mendapat tawaran mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi kursus Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Syarie.

Iklan

"Saya juga kemudiannya mengajar subjek Mengurusperdanakan Gender di Akademi Kepimpinan Wanita Negeri Selangor," kongsi Fadhlina.

Akui menteri itu, kepuasan mengajar juga adalah ketika melihat proses pendidikan itu berlaku.

Iklan

"Apatah lagi saat menyaksikan kejayaan anak-anak murid yang menempa kecemerlangan di pelbagai sektor dan institusi," ujar beliau.

Fadlhina sewaktu menjadi tenaga pengajar. (Sumber: Ihsan Facebook Fadhlina Sidek)

Dalam perkongsian itu, Fadhlina berkata, panggilan terhadap guru yang pelbagai seperti cikgu, murabbi, mudarris, muallim, teacher, lao tzu, sir, madam, tok guru, ustaz dan ustazah merupakan individu yang sangat terkait dengan orang-orang yang mengangkat martabat karamah insaniah (human dignity) anak-anak murid atas prinsip pencerahan dan pendidikan sepanjang hayat.

"Berbahagialah mereka yang bergelar guru kerana di sepanjang usianya, setiap kejayaan ditempat oleh anak-anak didik, baik kecil atau besar adalah hasil sentuhan para guru insani!" tegas beliau.

Di akhir perkongsian, Fadhlina turut menukilkan ucapan 'Selamat Hari Guru' kepada semua warga pendidik di dunia.