Pasukan KPM bawa pulang empat anugerah

Iklan
Kecemerlangan pasukan KPM dalam ISEF 2024 mengagumkan seluruh rakyat Malaysia.

Sebanyak empat anugerah diraih pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) 2024, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Empat anugerah itu adalah Third Grand Award in Chemistry; Fourth Grand Award in Chemistry; Sigma Xi, The Scientific Research Honour Society Special Award dan YM American Academy Special Award.

Iklan
Iklan

Kesemua anugerah ini memfokuskan kepada projek sains, teknologi dan kejuruteraan berasaskan inkuiri oleh murid sekolah menengah dan pra-universiti dari seluruh dunia.

Terdahulu, sebanyak 1,357 projek inovasi sains dan kejuruteraan dipertandingkan pada tahun ini merangkumi 1,699 murid daripada 67 buah negara.

Iklan

Daripada jumlah itu, pasukan KPM mempertandingkan enam projek inovasi sains dan kejuruteraan dan berjaya memenangi empat anugerah.

Pembabitan Malaysia dalam pertandingan ini bermula pada tahun 1999 apabila Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (PISTEK) peringkat kebangsaan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM didaftarkan sebagai pertandingan affiliasi kepada Regeneron ISEF dan mula dilaksanakan pada tahun tersebut.

Iklan

Difahamkan, KPM sentiasa komited meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ini tidak terbatas kepada pembelajaran dalam bilik darjah sahaja tetapi juga menerusi penglibatan aktif murid dalam pelbagai aktiviti luar termasuk pertandingan di peringkat antarabangsa.