Tiga kaedah semakan SPM 2023 pada 27 Mei ini!

Iklan
Calon sekolah dan persendirian boleh menggunakan salah satu kaedah yang disediakan bagi menyemak keputusan SPM 2023.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat keputusan bahawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumum 27 Mei 2024 nanti.

Setuju atau tidak, ia tetap dikeluarkan pada tarikh tersebut dan calon-calon (sekolah dan persendirian) perlu bersiap sedia dengan keputusan masing-masing.

Iklan
Iklan

Susulan pengumuman berkenaan, Sinar Bestari ingin kongsikan tiga kaedah mudah untuk mereka membuat semakan keputusan SPM.

Tiga kaedah itu terdiri daripada

Iklan

1) Semakan di sekolah

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 27 Mei manakala yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah mereka atau yang berdekatan.

Iklan

2) Semakan secara dalam talian

Calon digalakkan menyemak keputusan mereka secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my juga mulai 27 Mei (10 pagi) hingga 2 Jun (6 petang).

3) Semakan sistem pesanan ringkas (SMS)

Calon juga boleh menggunakan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM 2023 dengan menaip SPM jarak NoKP jarak AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 27 Mei hingga pukul 6 petang 2 Jun.

Semoga semua calon memperolehi keputusan cemerlang seterusnya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.