Mara tawar pinjaman pelajaran buat lepasan SPM 2023

Iklan
Segera mohon jika memenuhi syarat yang diperlukan oleh pihak Mara.

'Mara mula buka permohonan pinjaman pelajaran untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2023 sambung belajar di IPT dalam dan universiti luar negara terpilih.'

Demikian tulis Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebook pada Isnin.

Iklan
Iklan

Kata beliau di ruangan komen, calon-calon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari beberapa pautan yang disediakan dan permohonan secara dalam talian itu akan dibuka pada 27 Mei hingga 10 Jun.

Di sini, Sinar Bestari kongsikan serba ringkas tentang permohonan pinjaman pelajaran seperti dipetik menerusi Garis Panduan Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) 2024.

Iklan

Menurut garis panduan berkenaan, permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah oleh Mara adalah di bawah program Pembangunan Bakat Muda / YTP.

Ia bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi (IPT) dalam negara dan universiti luar negara terpilih mengikut bidang tertentu.

Iklan

Beberapa syarat kelayakan pemohonan perlu dipenuhi bagi mereka yang berminat iaitu

1) Syarat umum

Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.

Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 tidak melebihi 20 tahun.

Tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada mana-mana penaja atau agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.

Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis.

Pemohon, ibu, bapa, penjaga atau penjamin tidak termasuk dalam senarai hitam Mara atau dalam tindakan Undang-Undang Mara.

Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran YTP.

2) Syarat khusus

Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023.

Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan program yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih.

Proses temu duga hanya melibatkan kursus laluan luar negara dan kursus tertentu dalam negara. Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temu duga.

Sebarang hebahan berkaitan temu duga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel.

Sementara itu, warga maya mula membanjiri ruangan komen Asyraf Wajdi dan memberi reaksi positif tentang permohonan pinjaman pelajaran oleh Mara.

"Alhamdulillah. Teruskan usaha murni ini demi masa depan negara bangsa. Dr adalah orang yang tepat menerajui Mara,” komen Netcommerce Volten.

"Tahniah kepada semua calon SPM. Kepada yang tak dapat keputusan diharapkan, juga ucapan ribuan tahniah anda telah berusaha. Jangan kecewa, ada banyak lagi laluan mencapai kejayaan,” kata Darky Snow.

"Alhamdulillah. Terbaik Mara,” tulis Zainun Mamat.

"Mara sentiasa membantu anak-anak Malaysia. Tahniah," ujar Mohamad Ali.