Jurusan Kimpalan Bidang Rebutan Ramai

Iklan

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) semakin mendapat tempat di hati pelajar untuk menyambung pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ia merupakan salah satu cabang pendidikan kemahiran yang cukup berbaloi untuk persediaan di alam kerjaya.

Iklan
Iklan

Salah satu bidang ilmu yang menjadi pilihan adalah jurusan kimpalan yang menjanjikan pelbagai pilihan kerjaya buat para pelajarnya.

Mereka yang mempelajari kimpalan bukan sahaja berpeluang memasuki bidang pembuatan, malah boleh juga terlibat dalam pengkhususan angkasa lepas, pembungkusan dan robotik.

Iklan

Bersempena dengan Hari TVET Negara, Sinar Bestari mengetengahkan jurusan berkenaan kepada pembaca agar ia boleh dijadikan sebagai satu pilihan utama suatu hari nanti.

Jom kita lihat!

Iklan