Dalam usaha untuk mengetengahkan idea kerajaan Malaysia bagi menerapkan kepentingan pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya melibatkan golongan murid sekolah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil pendekatan menganjurkan program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) baru-baru ini.
Program SULAM bertajuk Go Green, Road to Sustainable Living diadakan bagi meningkatkan kesedaran dalam memelihara kelestarian dan keharmonian alam sekitar melibatkan penyertaan seramai 60 murid daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.
Tidak hanya itu, ia turut melibatkan kerjasama antara 19 mahasiswa daripada Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kolej Kejuruteraan UiTM di bawah seliaan Ir Syafiza Abd Hasbib selaku pensyarah.
Pengarah Program, Aminuddin Sulhan berkata, pelbagai perancangan serta persediaan rapi telah dilakukan bagi memastikan murid yang menyertai program ini mencapai objektif yang diharapkan.
"Sepanjang program berlangsung pelbagai aktiviti telah dilakukan yang memberi tumpuan kepada konsep 3R iaitu mengurangkan (reduce), menggunakan kembali (reuse) dan mengitar semula (recycle).
"Selain itu, mereka turut didedahkan dengan kepentingan konsep 3R tersebut di mana bahan buangan seperti kaca, plastik serta kertas boleh dikitar semula untuk dijadikan produk baharu, sejajar dengan matlamat Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (SDGs) ke 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab,” ujarnya.
Penganjuran program ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan di bawah kumpulan mahasiswa semester enam Program Kejuruteraan Minyak dan Gas yang telah mendaftar kursus Leadership and Professional Ethics for Engineers di samping menyambut World's Environment Day (Hari Alam Sekitar Sedunia) yang disambut pada 5 Jun.
Dalam pada itu, Guru Besar sekolah, Mohd Hamdan Rahim dalam ucapannya menzahirkan rasa gembira dengan kerjasama di antara universiti dan pihak sekolah.
Cadangnya agar aktiviti melibatkan kelestarian alam ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan skala yang lebih besar.
"Go Green: Road to Sustainable Living diharapkan menjadi satu langkah yang secara tidak langsung mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (SDGs).
"Ia juga membantu murid sekolah rendah untuk lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dan memberikan pendedahan tentang kepentingan STEM,” katanya.

Antara aktviti yang dilakukan oleh murid-murid SK Jalan Kebun.

Iklan
Iklan