Mangsa keracunan makanan bukan dari institut KPM - Fadhlina

Iklan
Fadhlina Sidek

Tragedi kematian dua mangsa keracunan makanan yang dipercayai memakan bihun goreng dan telur di sebuah sekolah di Gombak bukan dari institut pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Mangsa yang terlibat berusia dua tahun dan seorang pelajar Tingkatan Lima itu telah memakan makanan yang dibawa pulang oleh ibu mereka selepas menghadiri program di sekolah tersebut pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Secara eksklusifnya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyeru kepada semua pemimpin, pentadbir dan warga institusi pendidikan bawah KPM untuk sentiasa mematuhi garis panduan berkaitan penganjuran acara serta penyediaan makanan.

"Saya menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh situasi sukar ini.

Iklan

"Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada semua institusi pendidikan di bawah KPM agar mematuhi garis panduan penganjuran acara dan penyediaan makanan.

"Saya juga mengambil berat akan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan bawah KPM,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan, kematian dua mangsa akibat keracunan makanan setelah makan mihun dan telur mata yang dibawa pulang ibu mereka, selepas menghadiri satu program di sebuah agama di Sungai Cincin, Gombak.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.

Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.

Beliau berkata, JAIS juga masih menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian ini.