Rahsia pelajar genius negara, Siti Fatimah raih 18A SPM 2006

Iklan
Kecemerlangan Siti Fatimah dalam SPM 2006 pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu.

Jarang sekali nama Siti Fatimah Mukhtar muncul di mana-mana platform media sosial ketika ini.

Mungkin beliau lebih selesa dengan kehidupan low profile sehinggakan ramai tidak tahu di mana beliau berada sekarang.

Iklan
Iklan

Selain beliau, turut tersenarai sebagai pelajar cemerlang Malaysia ialah Nur Amalina Che Bakri atau Dr Amalina Bakri (2004), Azali Azlan (2007) dan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal (2008).

Anak kelahiran Kelantan yang mendapat pendidikan di SMU (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Kelantan merupakan graduan jurusan perubatan di University of Nottingham, United Kingdom.

Iklan

Hasil carian di beberapa media sosial, tidak banyak yang diketengahkan tentang sisi kehidupan Siti Fatimah.

Yang ada, hanyalah rahsia kejayaan beliau dalam SPM 2006.

Iklan

Kongsi beliau, beberapa amalan telah dilakukan sebelum menduduki peperiksaan tersebut.

1) Solat hajat setiap malam iaitu tiga bulan sebelum peperiksaan

2) Menghafal al-Quran (17 juzuk)

3) Banyak berusaha dan belajar secara strategik

4) Sekiranya timbul masalah, cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal

5) Tumpuan penuh semasa guru mengajar

6) Dorongan ibu bapa dan guru-guru

7) Mendapat khidmat nasihat daripada orang yang berpengalaman

8) Sabar dan tekun

9) Perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada ALLAH

10) Makan kurma, minum madu dan susu

11) Ulang kaji subjek susah seperti Fizik dan Matematik Tambahan

12) Tekun menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar

13) Tumpuan penuh dan peruntukan waktu belajar selama empat jam di rumah selepas waktu persekolahan