Sukan perahu layar merupakan sukan air lasak dan ekstrem yang menggunakan bot, layar serta angin.
Tiga perkara itu bagi menambah, mengekalkan atau mengurangkan kelajuan ketika berada di tengah lautan.
Aktiviti lasak ini mula diperkenalkan kepada pelajar sebagai salah satu usaha dalam mencari pelapis baharu bagi mewakili negara untuk kejohanan sukan-sukan bertaraf antarabangsa.
Meskipun berdepan bahaya, ia masih mendapat tempat di hati anak-anak muda khususnya pelajar yang merasakan sukan perahu layar sebenarnya menyeronokkan dan menarik untuk diceburi.
Iklan
Kali ini, Sinar Bestari bawakan perkongsian mengenai sukan perahu layar kepada pembaca.
Jom kita berlayar!
Iklan