Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) 2024/2025 sedang dan bakal berlangsung di sekolah seluruh negara.
Mereka yang menduduki UPSA terdiri daripada murid Tahun Empat hingga Tahun Enam (sekolah rendah) dan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga (sekolah menengah).
Hari ini, Sinar Bestari kongsikan himpunan doa seperti dipetik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi platform media sosial.
Doa-doa berkenaan boleh diamalkan murid dan pelajar sepanjang musim peperiksaan UPSA.
Berikut koleksi doanya
1) Doa supaya mudah faham pelajaran
Allahummar zuqnaa fahman nabiyyiina wa hifzol mursaliina walhaamal malaaikatil muqorrobiina fii ‘aafiyah, yaa arhamar rohimiin
Maksudnya:"Ya ALLAH, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”
2) Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan
Robbanaa aatina mil ladunka rahmatan wahayyi’ lanaa min amrina roshada
Maksudnya:"Wahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”
3) Doa apabila lupa semasa menjawab soalan peperiksaan
Subhaana mal laa yanaamu walaa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiitu
Maksudnya:"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”
4) Doa mohon kejayaan cemerlang
Allahumma innii as a lukal fauza ‘indal qodho i wa manaazilasyuhadaa i wa ‘aisyas su’adaa i wan nosru ‘alal a’daa i.
Maksudnya:"Ya ALLAH, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan dan tempat para syuhada kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”
5) Doa dan zikir tambahan
Istighfar (70 kali)
Ya Latiff (100 kali)
Ya Fattah Ya Wahhab (25 kali)
Rabbi Yassir Wakaa Tu’assir Yaa Kariim (25 kali)
Surah As-Syarh (Alam Nasyrah Laka Sodrak) (tiga atau lapan kali)
Surah al-Quraisy (tiga atau lapan kali)
Robbisy Roh Li Sodri (tiga kali)
Dengan amalan doa yang istiqamah dan berterusan ini, diharapkan calon-calon diberikan ketenangan, kesihatan dan dibukakan keluasan fikiran ketika menjawab soalan. Insya-ALLAH.
Sementara itu, Sinar Bestari turut kongsikan sebahagian zikir yang boleh diamalkan ibu bapa sepanjang anak-anak menghadapi peperiksaan.
Zikir hasil perkongsian pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa terdiri daripada;
1) Allahumma (sekali)
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid (40 kali)
Ya ALLAH. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik.
2) Allahumma (sekali)
Ya Zohir (40 kali)
Ya ALLAH kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan.
3) Allahumma (sekali)
Ya Fatah (40 kali)
Ya ALLAH bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul.
4) Allahumma (sekali)
Ya Baari' (40 kali)
Ya ALLAH aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang peperiksaan ini Ya ALLAH.
Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanMu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya ALLAH. Aku tiada daya upaya.
Ulang dan ulang.
Moga perkongsian ini dirahmati ALLAH.