Program Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari 2024 dilihat membantu dalam mencungkil kreativiti murid sekolah sekali gus menjadi platform mereka menonjolkan kemahiran komunikasi, kolaborasi dan pemikiran kreatif.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, program yang berjalan selama hampir satu hari itu sangat bermakna kerana di sinilah murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan baharu yang tidak diajar di dalam kelas.
"Saya rasa program ini sangat bermakna sebab kita sendiri dapat lihat kebijaksanaan murid-murid khususnya di negeri ini dalam kontek bidang kreatif.
Roslan menambah, penataran secara menyeluruh diharap dapat dilakukan dengan menjalankan program sebegini di daerah-daerah lain di Negeri Sembilan agar dapat memberi peluang murid-murid lain menimba ilmu yang sangat bermakna.
"Bagi saya, program sebegini tidak boleh sampai di sini sahaja dan diharap kita dapat bergerak ke daerah-daerah lain pula untuk bersama-sama mempelajari daripada orang industri dan menambah baik TV PSS di sekolah,” tambahnya.
Majlis penutupan program telah dimeriahkan dengan kehadiran wakil Pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Roobah Vilachamy; wakil Pengawai Pendidikan Daerah, Dr Azizah Sanusi; Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Mohd Aiman Abdoll Aziz dan Pengetua SMK Puteri, Cikgu Siti Norezan Jalil.
Roslan

Iklan
Iklan