159,027 lepasan SPM ditawar ke IPTA dan ILKA

Iklan
Zambry

Seramai 159,027 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Daripada jumlah itu, seramai 83,667 calon ditawarkan di universiti awam, politeknik (43,531 calon), kolej komuniti (26,474 calon) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) (5,355).

Iklan
Iklan

Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 16,593 dengan pecahan tawaran iaitu 15,082 calon bagi kategori B40, 425 calon orang kurang upaya (OKU), 732 orang Atlet dan 354 calon Orang Asli.

Mengikut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), seramai 31 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mendapat tawaran.

Iklan

Secara keseluruhan, 504 program pengajian telah ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 104 sijil, 53 asasi, 346 diploma dan satu untuk Ijazah Sarjana Muda.

"Kemasukan pelajar ke institusi-institusi ini dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah," kata beliau.

Iklan

Kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, kementerian telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline dalam tempoh 10 hari, bermula 28 Jun 2024, jam 12 tengah hari hingga 7Julai 2024, jam 5 petang.