Soalan lazim program matrikulasi KPM

Iklan
Antara keistimewaan program matrikulasi ini adalah menawarkan pendidikan menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah.

Berikut merupakan maklumat berkaitan program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk panduan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Maklumat yang dipetik daripada dokumen 'Soalan Lazim Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia' memaparkan fakta penting dan menarik tentang matrikulasi.

Iklan
Iklan

Sinar Bestari kongsikan di sini sebagai bacaan pengikut portal pendidikan kami. Semoga bermanfaat.

1) Latar belakang

Iklan

Penubuhan program matrikulasi bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar Bumiputera lulusan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

2) Keistimewaan

Iklan

(a) Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar program matrikulasi berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum dan ko-akademik sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

(b) Program ini diiktiraf oleh semua universiti awam dan universiti swasta serta turut diiktiraf oleh universiti terkemuka luar negara

(c) Lulusan program matrikulasi akan menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017).

(d) Kos pengajian dan penginapan dibiayai oleh Kerajaan. Semua pelajar program matrikulasi hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja semasa mendaftar.

3) Jurusan dan aliran yang ditawarkan

Program matrikulasi menawarkan empat jurusan iaitu:

(i) Jurusan Sains (Dua dan Empat Semester)

- Aliran Sains Hayat

- Aliran Sains Fizikal

- Aliran Sains Komputer

(ii) Jurusan Kejuruteraan (Dua Semester)

- Aliran Asas Kejuruteraan

- Aliran Kejuruteraan Awam

- Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

- Aliran Kejuruteraan Mekanikal

(iii) Jurusan Perakaunan (Dua Semester)

(iv) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) (Dua Semester)

4) Pemilihan pelajar ke matrikulasi KPM

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit akademik dan markah kokurikulum serta pendapatan keluarga. Manakala bagi JPPro hanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera dan pelajar perlu lulus ujian aptitud dan temu duga yang dilaksanakan oleh Bahagian Matrikulasi.

5) Lokasi kolej matrikulasi KPM

Perlis

Kolej Matrikulasi Perlis

Kedah

Kolej Matrikulasi Kedah

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

Kolej MARA Kuala Nerang

Kolej MARA Kulim

Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Perak

Kolej Matrikulasi Perak

Selangor

Kolej Matrikulasi Selangor

Negeri Sembilan

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Melaka

Kolej Matrikulasi Melaka

Kelantan

Kolej Matrikulasi Kelantan

Pahang

Kolej Matrikulasi Pahang

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

Johor

Kolej Matrikulasi Johor

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor

Sarawak

Kolej Matrikulasi Sarawak

Labuan

Kolej Matrikulasi Labuan

6) Pengiraan merit

Pengiraan merit mengambil kira 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Manakala pengiraan merit bagi jurusan Perakaunan dan Kejuruteraan boleh rujuk kalkulator pengiraan merit di matrikulasi.moe.gov.my

7) Bantuan pendidikan

Bagi pelajar yang layak dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 ke bawah akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250 setiap semester.

8) Penilaian akademik pelajar di kolej matrikulasi

Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan kaedah seperti berikut:

Penilaian Berterusan (PB)

Ujian Penilaian Sumatif (UPS)

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

9) Rujukan

Dokumen penuh boleh dimuat turun di laman web KPM pada pautan https://bitly.cx/yrvu3