Biasiswa KFC sasar bantu pelajar B40 lanjut pengajian

Iklan
Biasiswa KFC akan meringankan beban kewangan dan memperkasakan pelajar. (gambar kecil dari atas: Nehchal Khanna dan Jamaludin Ibrahim)

KFC Malaysia mengumumkan pelancaran Biasiswa KFC, peruntukan berjumlah RM2.1 juta bertujuan untuk membantu pelajar dari komuniti kurang bernasib baik di Malaysia.

Biasiswa KFC disasarkan kepada lebih 30 pelajar B40 yang layak melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di salah satu daripada 20 universiti awam di Malaysia.

Iklan
Iklan

Peruntukan tersebut meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup bulanan serta baucar makan KFC.

Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaludin Ibrahim menyatakan, pendidikan adalah modal penting dalam kehidupan dan sebagai pengendali rangkaian makanan segera terbesar Malaysia, QSR Brands bersedia menghulurkan usaha untuk mengubah kehidupan masyarakat.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna berkata, pendidikan adalah penting bagi menyediakan kehidupan lebih baik untuk rakyat Malaysia dan berharap, program biasiswa akan membuka laluan lebih cerah kepada pemimpin masa depan negara.

Ketua KFC Malaysia, Chandrasagran Munusamy pula menekankan resolusi KFC Malaysia dalam mewujudkan impak positif dan berkekalan kepada masyarakat.

Iklan

Permohonan untuk biasiswa itu dibuka 28 Mei lalu sehingga 31 Julai 2024 melalui laman sesawang KFC.

Pelajar yang telah menerima surat tawaran daripada universiti awam Malaysia boleh memohon program biasiswa tersebut di https://kfc.com.my/scholarship

Pelajar yang disenarai pendek akan mengambil bahagian dalam proses saringan dan pemilihan oleh panel yang terdiri daripada pengurusan QSR Brands.

Untuk makluman, Biasiswa KFC diadakan atas komitmen berterusan QSR Brands terhadap program pembangunan dan peningkatan komuniti serta melalui Program Add Hope dan KFC Feeding, KFC Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM32 juta sejak tahun 2007.