Gaming akan dijadikan kursus TVET?

Iklan
Ramai yang menjadikan 'gaming' sebagai satu hobi dan juga kerjaya.

Ramai anak-anak muda mengusulkan pandangan kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai gaming.

Kata mereka, gaming boleh dijadikan sebagai salah satu kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kerana industri tersebut besar.

Iklan
Iklan

Susulan idea anak-anak muda itu, Asyraf Wajdi dalam hantaran di Facebook pada Rabu memaklumkan, beliau sudah meminta bahagian Pendidikan Teknikal TVET Mara untuk mengkajinya.

Malah, beliau turut mendapatkan pandangan daripada pengikut di Facebooknya mengenai perkara ini.

Iklan

Meninjau ke ruangan komen, Sinar Bestari mendapati pelbagai pendapat diberikan warganet.

Ada yang bersetuju gaming dijadikan kursus TVET dan tak kurang juga menolak gaming untuk TVET.

Iklan

Aizah Zarirah: Setuju! Universiti Teknikal seperti UTeM pun dah ada Bachelor in IT - Games Technology. Perlu diperluaskan kerana zaman sekarang games adalah esport. Sudah sampai masanya tarik orang luar pula main games dari pencipta games keluaran negara kita.

Shah Kruizer: Pelik tapi kena tengok permintaan pada masa kini. Macam kereta lumba ada driver, engineer dan manager. Sama juga games, tapi perlu pendekatan berbeza jangan sampai anak muda terabai dan terbuang kerana yang berjaya mungkin 10 peratus sahaja dari ribuan yang memohon nanti.

Sitinurhayaty Ani: Kurang setuju. Cukuplah gaming ini dijadikan hobi, bukan kerjaya.

Mohammad Fairuz: Mungkin pembinaan game meliputi coding, software, mekanik game boleh diterapkan dalam TVET. Mungkin ada yang salah faham bila cadangan gaming bermaksud pelajar main games je. Bukan macam tu ya tuan-tuan puan-puan.

Muhammad Bukhari: Kurang setuju Dr Asyraf. Berapa ramai sangat yang boleh berjaya dalam main game ni. Ramai yang main pun banyak habiskan masa mereka.

Eyna Muhd: Apa faedah nak jadikan gaming sebagai satu bidang pendidikan? Lebih baik tambah bidang cipta cip, komponen dalam komputer atau bidang penciptaan software. Tak perlulah lagi kita beli daripada syarikat luar. Jadikan negara kita negara pengeluar dan pencipta bukan negara pengguna sahaja.

Amir Izzani Norlin: Saya tidak bersetuju. Tak semestinya industri besar bawa kebaikan kepada kita terutamanya umat Islam. Cukuplah sekadar hobi (itu pun banyak kesan buruk pada jati diri anak-anak). Saya berharap idea ini ditolak dan tak perlu dibincangkan pun di peringkat atas.

Azrul Suhadi: Mungkin ramai yang tidak tahu gamer ini mempunyai prospek kerja yang bagus. Kini di Malaysia telah develop banyak E-Sport team sama ada di peringkat profesional mahu pun semi pro. Pendapatan mereka lebih tinggi berbanding pemain bola liga super. Dari segi kerjaya, bukan sahaja mereka to be a gamers tapi mereka boleh menjadi gamers coach, technical officer, psychologist and it expert. Ini satu bisnes besar yang ramai tidak tahu kerana kebanyakan pemain mempunyai pengikut yang ramai dalam media sosial dan mereka boleh menjadi duta produk sekali gus buat live streaming game dengan viewers yang beratus ribu. Dengan cara itu, mereka dapat memperolehi pendapatan dari media sosial. Anyway tahniah to team Selangor Red Giant yang menjuarai World Mobile Legend di Riyadh dengan membawa pulang RM4.7 juta.

Farid Ammar: Tak perlu Dr. Sepatutnya fokus pada pembangunan teknologi dan AI.

Nurul Fieza: Banyak keburukan dari kebaikan.