KPM fokus tingkat minat murid dalam STEM

Iklan
Penurunan jumlah pelajar yang menyertai bidang STEM agak membimbangkan.

Pelbagai inisiatif pembudayaan, aktiviti dan program pembangunan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) giat dijalankan di sekolah untuk menarik minat murid ke arah bidang tersebut.

KPM bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengorak langkah menubuhkan Jawatankuasa Khas STEM yang memberi fokus khusus kepada hala tuju STEM bermula dari peringkat sekolah sehingga ke pendidikan tinggi.

Iklan
Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha ini dilaksanakan merentas kementerian, agensi dan kerjasama rakan strategik korporat serta komuniti.

"KPM menyambut arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menganjurkan program bersama saintis di 100 buah sekolah seluruh negara bagi meningkatkan minat murid dalam STEM,” ujar beliau.

Iklan

Menurut beliau, sinergi antara kementerian dan semua pihak memainkan peranan penting bagi meningkatkan minat serta penyertaan murid dalam STEM, seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

"Ini akan dilaksanakan dengan kerjasama MOSTI,” maklumnya.

Iklan

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengarahkan MOSTI menyenaraikan 100 saintis bioteknologi berkebolehan untuk dihantar ke sekolah sebagai motivasi kepada murid untuk menyertai bidang STEM.