Usaha Sarawak tangani kekurangan guru Bahasa Inggeris

Iklan
Roland

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn memaklumkan, isu kekurangan guru Bahasa Inggeris di negeri itu dijangka dapat ditangani dalam masa terdekat.

Meskipun kekurangan tersebut tidak kritikal, namun katanya, masih terdapat keperluan terutamanya diperingkat sekolah menengah.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (SSP) masih mengadakan temu duga bagi pengambilan guru Bahasa Inggeris di Sarawak.

"Kami berharap semua ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan seperkara yang perlu di ketahui, pengambilan guru adalah datang daripada mereka (cikgu) yang terlatih,” katanya dalam Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Serian, Sarawak.

Iklan

Terdahulu, Sarawak hanya mempunyai lebih 200 guru Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah manakala lebih 1,000 cikgu peringkat sekolah rendah

Iklan