Pensyarah IKM Jasin ke United Kingdom, perkasa ilmu dan pengalaman

Iklan
Nuriman (tengah) menyempurnakan pelepasan peserta kursus ke United Kingdom.

Dua pensyarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka mengharumkan nama Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) apabila terpilih mengikuti kursus di Pelican Training Center, Castleford, United Kingdom pada 29 Julai hingga 10 Ogos depan.

Menerusi hantaran di Facebook TVET MARA, Ts Mohd Saiful Md Sukardi dan Mohd Isa Hussin akan menyertai kursus kompetensi iaitu IMI International Level 4 Award in Fault Diagnosis, Testing and Repair of Electric/Hybrid Vehicles and Components.

Iklan
Iklan

Program Latihan Teknikal Khusus itu dilaksanakan melalui Program Pembangunan Industrial Boot Camp (IBC).

Ia selari dengan Program Pembangunan Kompetensi Pensyarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) melalui rasionalisasi program bagi program Diploma Teknologi Automotif Komersial (Kenderaan Elektrik) di IKM Jasin.

Iklan

"IKM Jasin akan menjadi pusat rujukan dan peneraju pentauliah kompeten dalam bidang kenderaan elektrik komersial (Electric Vehicle Bus) pertama di Malaysia bagi merealisasikan hasrat TVET MARA untuk melahirkan ‘Global Competent Workforce’,” catat mereka.

Mohd Saiful (kiri) dan Mohd Isa (kanan).

Dalam hantaran sama, turut dikongsikan momen-momen manis pelepasan peserta kursus yang disempurnakan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal Majlis Amanah Rakyat (Mara), Ir Nuriman Yusop.

Iklan

Hadir sama beberapa ahli pengurusan IKM Jasin yang turut memberi kata-kata penyuntik semangat untuk dua pensyarah itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook merakamkan ucapan tahniah kepada pensyarah yang terpilih ke United Kingdom.

Azhar Ibrahim: Terbaik team Automotive IKM Jasin. Terima kasih kepada pihak BKT, Mara.

Nuar Celica: Moga sukses Isa dan Saiful.

Ernie Jazam: Tahniah, semua terbaik. Semoga terus maju IKM Jasin.

Hafizah Fiza: Good luck