Pentingnya amalan mencuci tangan

Iklan
Murid-murid SK AU Keramat cukup bertuah kerana berpeluang menimba ilmu tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul.

Murid-murid sering mengabaikan aspek mencuci tangan biarpun amalan itu begitu mudah dilakukan.

Pengabaian tersebut secara tidak langsung menyumbang kepada penyebaran penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang meningkat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak pada tahun 2023.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat, Kuala Lumpur telah mengikuti kempen C untuk Cuci Tangan: Tangan Kecil Masa Depan Gemilang di sekolah mereka.

Kempen anjuran Lifebuoy dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Guardian Malaysia bertujuan mendidik murid-murid mengenai kepentingan mencuci tangan menggunakan sabun menerusi program pendidikan kebersihan bersasar.

Iklan

Menurut Ketua Unilever Malaysia dan Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura dan Thailand, Lenny Chuah, kebersihan tangan adalah perkara yang mudah dan paling berkesan untuk mencegah penyakit.

Lenny Chuah

"Kami berbangga kerana mendapat sokongan KPM dan KKM ke arah mencapai matlamat bersama iaitu mendidik murid-murid tentang kepentingan mencuci tangan.

Iklan

"Oleh itu, besar harapan pihak Lifebuoy agar program sebegini terus mencatatkan kejayaan cemerlang ke arah mencapai matlamat menarik penyertaan 1,000,000 murid menjelang 2025 sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan tangan,” katanya.