Negeri Sembilan perkasa TVET, beri peluang pelajar teruskan pengajian

Iklan
Pelbagai usaha dilakukan termasuk mempromosi bidang itu di sekolah dan menubuhkan Majlis Perundangan TVET serta Jawatankuasa Eksekutif TVET, selain kerjasama dengan kementerian berkaitan. (Gambar hiasan)

Kerajaan Negeri Sembilan terus memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memberi peluang kepada pelajar kurang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meneruskan pengajian.

Exco Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk mempromosi bidang itu di sekolah dan menubuhkan Majlis Perundangan TVET serta Jawatankuasa Eksekutif TVET, selain kerjasama dengan kementerian berkaitan.

Iklan
Iklan

"Pencapaian SPM di Negeri Sembilan terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun lepas, daripada 14,158 calon, 631 daripadanya memperoleh gred A , A dan A- berbanding 533 calon pada 2022.

"Untuk yang kurang cemerlang, kita sedang usaha promosikan TVET dan menguar-uarkan bidang ini di sekolah supaya mereka faham. Ini bertujuan beri peluang kepada mereka untuk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk ZaifulBahri Idris (BN-Chembong) yang ingin tahu usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM untuk meneruskan pengajian.

Dalam pada itu, Ismail berkata, prestasi pencapaian SPM 2023 di negeri mencatatkan keputusan ynag lebih baik dengan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.33 mata berbanding 4.50 mata pada SPM 2022.

Iklan

Beliau berkata, jurang bandar dan luar bandar juga semakin mengecil dan bertambah baik dengan kadar perbezaan jurang 0.01 mata bagi SPM 2023 dan 2022. - Bernama