Kontinjen Pengakap Laut Melaka bawa pulang pelbagai anugerah

Iklan
Usaha gigih Kontinjen Pengakap Laut Melaka membuahkan hasil apabila mereka memenangi banyak anugerah dalam Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan.

Kontinjen Pengakap Laut Melaka melakar sejarah apabila membawa pulang pelbagai kemenangan menerusi Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan di Kem Kokurikulum Cawangan Kota Tinggi, Johor Lama, Johor, baru-baru ini.

Menurut Ketua Aktivitinya, Muhammad Zulhusnie Khalib, kemenangan bagi Kontinjen Pengakap Laut Melaka terdiri daripada johan kategori isyarat bendera Sempahore, pertandingan paip bosun dan Kim Game Snorkle.

Iklan
Iklan

Manakala naib johan dirangkul menerusi kuiz Pengakap Laut, pertandingan Rain Gutter Regata dan penyediaan perahu layar.

Kata Muhammad Zulhusnie lagi, pasukannya turut mendapat tempat keempat dan kelima dalam kategori penyediaan joran, pertandingan Kod Morse, memasak makanan laut, pertandingan simpulan dan ikatan serta kayak.

Iklan

Walaupun Kontinjen Pengakap Laut Melaka memenangi pelbagai anugerah, namun mereka tetap tidak berkecuali berhadapan cabaran sebelum berlangsungnya perhimpunan.

"Kekurangan masa menjalani latihan adalah faktor utama dihadapi kontinjen kami.

Iklan

"Selain itu, penglibatan peserta yang terhad turut menyukarkan kami membuat pilihan pelajar yang ingin diketengahkan.

"Bagaimanapun, segala cabaran itu dapat diharungi dan kami akhirnya berjaya dengan cemerlang," ujarnya.

Terdahulu, seramai 700 peserta menyertai Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan anjuran Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan.

Objektif program adalah menghimpunkan ahli-ahli Pengakap Laut seluruh negara, platform menyerlahkan bakat melalui pertandingan dan memberi pendedahan kepada semua ahli mengenai ilmu kelautan, astronomi, penyelamatan di air, ikatan dan simpulan, komunikasi seperti Semaphore, kod Morse serta melatih kreativiti dalam kalangan ahli-ahli Pengakap Laut untuk menyelesaikan tugasan.