Jelajah TV PSS Sinar Bestari 2024 berakhir di Kuala Lumpur

Iklan
Antara peserta yang terlibat dalam Jelajah TV PSS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras menjadi lokasi akhir siri Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari 2024 pada Selasa.

Dalam siri akhir itu, seramai 96 pelajar dari 24 buah sekolah dan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terlibat dalam program tersebut.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendididikan (SSTP) Wilayah Persekutuan, Nurul Aidah @ Khasittaton Deraman berkata, seramai 48 guru perpustakaan media dan penyelaras TV PSS yang mengiringi pelajar masing-masing berpeluang menerima pendedahan bagi membantu meningkat persembahan TV PSS sekolah mereka.

Jelasnya, sasaran SSTP tahun ini adalah sejumlah 90 peratus sekolah di Wilayah Persekutuan mempunyai TV PSS sendiri.

Iklan

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu berjaya memanfaatkan seramai 1,375 pelajar yang dimulakan sejak April lalu.

Untuk rekod, acara kemuncak penutupan Jelajah TV PSS Sinar Bestari 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Karangkraf, Shah Alam, Selangor, Rabu.

Iklan

Acara itu turut membabitkan penyertaan 10 buah sekolah dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.

Perasmian penutupan penjelajahan itu turut mendapat kerjasama daripada rakan strategik Yayasan Bank Rakyat.

10 kumpulan kru TV PSS yang hadir juga diberi peluang mengikuti sesi sidang akhbar yang kemudian hasil suntingan berita mereka diadil oleh juri terpilih.

Kumpulan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 5 (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama dinobatkan juara.

Manakala, pelajar dari SMK Putrajaya Presint 1(14), Nur Ainul Natasha Hazri, 16, pula diangkat sebagai pengacara terbaik keseluruhan.

Mereka membawa pulang hamper dan cenderahati.