Jelajah TV PSS Sinar Bestari: Manfaat buat 1,375 pelajar

Iklan
Pelajar khusyuk mendengar penerangan yang diberikan.

Sekolah Menengah Sains Selangor jadi lokasi akhir

Seramai 1,375 pelajar dari 390 buah sekolah mendapat manfaat menerusi Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung sejak April lalu.

Pegawai Eksekutif Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Muhammad Iman Ruzain Azhar berkata, program itu mampu menggalakkan kemenjadian murid melalui pasukan TV PSS.

Iklan
Iklan

Menurutnya, objektif utama untuk membina kemahiran digital, inovasi dan komunikasi murid terutama dalam bidang pengucapan awam, aspek kewartawanan, penulisan berita dan elemen lain dalam proses penghasilan bahan sumber pendidikan.

"Ini merupakan salah satu usaha KPM dalam melahirkan pelajar berketrampilan dan mahir untuk mengetengahkan program sekolah dalam bentuk visual seterusnya dimuat naik ke media sosial seperti YouTube,” katanya.

Muhammad Iman

Iklan

Beliau berkata demikian pada siri terakhir Jelajah TV PSS Sinar Bestari di Sekolah Menengah Sains Selangor, pada Selasa.

Hadir sama Penolong Pengarah BSTP, Azatus Sakhia Shakir Mashkor dan Pengarah Projek Jelajah TV PSS Sinar Bestari, Meen Tahrin.

Meen Tahrin memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menghasilkan video yang menarik.


Azatus Sakhia (depan, dua dari kiri) menyerahkan tag rasmi TV PSS kepada pelajar yang mengikuti Jelajah TV PSS Sinar Bestari pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendididikan (SSTP) Wilayah Persekutuan, Nurul Aidah @ Khasittaton Deraman berkata, seramai 96 pelajar dari 24 buah sekolah menengah dan rendah di Wilayah Persekutuan terlibat dalam program tersebut.

"Manakala 48 orang guru perpustakaan media dan penyelaras TV PSS yang mengiringi pelajar masing-masing, berpeluang menerima pendedahan bagi membantu meningkat persembahan TV PSS sekolah masing-masing,” kata beliau.

Nurul Aidah

Jelasnya, SSTP menyasarkan kira-kira 90 peratus sekolah di Wilayah Persekutuan mempunyai TV PSS sendiri tahun ini.

"Kita mahu pelajar mahir mengambil video dan melakukan suntingan, seterusnya menyiarkan aktiviti sekolah masing-masing. Setakat ini, sejumlah 291 sekolah di Kuala Lumpur sudah mempunyai guru penyelaras TV PSS,” katanya.

Eksekutif Jabatan Komunikasi Korporat Yayasan Bank Rakyat (YBR), Muhammad Shahrul Ilmi Samsulazlan pula berkata, YBR mempunyai objektif yang sama dengan Sinar Harian iaitu mahu memberi pendedahan pendidikan kepada pelajar supaya mereka bersedia menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

"Kerjaya sebagai wartawan dan pasukan media berperanan besar untuk mengubah minda masyarakat ke arah kebaikan.

Muhammad Shahrul

"Harapan saya kepada pelajar yang mempunyai bakat mengikuti jelajah ini akan menjadi seorang wartawan yang dapat memberi manfaat kepada komuniti,” katanya.

Menerusi Jelajah TV PSS Sinar Bestari, pelajar didedahkan dengan kerjaya sebagai wartawan, etika kewartawanan, pengendalian studio, penggunaan kamera, penulisan skrip, percambahan idea dan lain-lain yang turut berkaitan dengan dunia kewartawanan dan penyiaran.

Sesi penerangan penggunaan skrin hijau untuk rakaman di studio.


Pelajar dibantu guru penyelaras TV PSS masing-masing untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

APA KATA MEREKA

1)"Program ini dapat menyerlahkan bakat saya dalam bidang pengacaraan dan memberi pendedahan tentang etika kewartawanan." - Pelajar SMK Seri Ampang, Shah Haikal Ariffin Irwan Syah Putra,16

Shah Haikal Ariffin

2)"Menerusi jelajah TV PSS ini, peserta boleh faham asas untuk mengambil sudut video serta mempelajari teknik suntingan dengan lebih baik." - Pelajar SM Jenis Kebangsaan Confucian, Low Ka Hong,15

Ka Hong

3)"Peserta dapat belajar menghasilkan persembahan video pendek yang sarat dengan informasi sesuai untuk pelajar sekolah." - Pelajar SMK (P) Jalan Ipoh, A Tanusiyah

A Tanusiyah


Pelajar menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan video.