Tiga pelajar hilang, perahu karam ketika ke sekolah

Iklan
Anggota bomba kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat tiga pelajar sekolah hilang selepas perahu dinaiki karam di Sungai Kayan, Selampit Sarawak.

Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, Sarawak dikhuatiri hilang selepas perahu dinaiki mereka karam ketika menuju ke sekolah.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian yang berlaku di Sungai Kayan, Selampit awal pagi Selasa, menyaksikan 20 penumpang perahu tambang di mana 17 daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala tiga orang lagi masih belum ditemui.

Iklan
Iklan

"Ini termasuk 15 pelajar sekolah menengah, seorang perempuan dewasa dan pengemudi perahu.

"Bagaimanapun, tiga pelajar masih belum ditemui,” katanya.

Iklan

Jurucakap itu turut memaklumkan, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan dibantu Unit Khas Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit K9 telah dikerahkan ke lokasi.

Sementara itu, tiga mangsa yang dikhuatiri hilang terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan yang dikenali sebagai Alsma Jithil, 14, Helesan Fasha Petrus, 17, dan Vilkie Wilson, 15.

Iklan

Pencarian awal sudah dilancarkan oleh penduduk namun gagal mengesan tiga pelajar tersebut dan anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama penduduk kampung.

Sama-sama kita doakan semoga ketiga-tiga pelajar yang terlibat berjaya ditemui.