Murid dimarah guru tidak lancar membaca, silibus pendidikan hari ini mendera emosi

Iklan
Cikgu Mohd Fadhli berharap agar KPM melakukan sesuatu tentang perkara ini agar tidak mendera emosi murid-murid.

Memikul tanggungjawab sebagai guru berperanan dalam mendidik murid-murid sekolah bermula daripada peringkat awal agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Perkara ini turut perlu diterapkan dalam kalangan ibu bapa agar mereka cakna akan keupayaan anak masing-masing terutamanya melibatkan akademik di sekolah.

Iklan
Iklan

Tular di media sosial baru-baru ini tentang perkongsian video oleh seorang ibu yang memaparkan anak perempuannya dilihat sedih kerana dimarahi guru gara-gara tidak lancar membaca.

Perkongsian yang dimuat naik itu mendapat perhatian ramai pihak antaranya bekas guru Cikgu Mohd Fadli Salleh dengan menyifatkan keadaan dihadapi oleh murid perempuan ini perlu diambil serius lebih-lebih lagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Iklan

Tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, silibus pendidikan hari ini mendera emosi anak-anak dan diluar kemampuan mereka.

"KPM sepatutnya sudah jelas dan faham mesej yang adik ini hendak sampaikan. Silibus kita mendera emosi anak-anak. Diluar kemampuan mereka.

Iklan

"Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan perkembangan menyeluruh dalam JERIS. Falsafah ini dihafal oleh semua guru-guru dan pegawai KPM. Namun nampaknya tunjunag utama dalam JERIS yakni Emosi diabaikan,” tulisnya.

Cikgu Mohd Fadhli turut menambah agar KPM dan menterinya untuk melakukan sesuatu memandangkan murid-murid ini adalah pelapis masa depan negara.

"Jangan hancurkan emosi mereka kerana keegoan tidak mahu mengaku silibus kita bermasalah,” tambahnya lagi.

Menerusi video berdurasi 8 minit itu, menunjukkan seorang ibu yang mendapat firasat bahawa anaknya sedang memendam sesuatu setelah pulang daripada sekolah.

Meskipun ditanya beberapa namun anak perempuannya hanya tersenyum seperti tiada apa yang terjadi.

"Dia cuba sembunyikan tapi ibu tahu adik tidak gembira. Dia harapkan ibu taya lagi perasaan dia dan baru adik buka mulut bercerita.

"Sebab dia tahu tekaan ibu biasanya tepat,” katanya.

Selepas ditanya beberapa kali, akhirnya anak perempuannya mula bergenang air mata dan perlahan-lahan mengangguk dirinya dimarahi dan dirotan cikgu kerana tidak lancar membaca.

Walaupun sedih melihat keadaan anaknya, si ibu tetap memberikan nasihat agar anaknya sentiasa kuat semangat dan mengakui salah sendiri.