Jelyscka dinobat penerima anugerah keseluruhan pelatih terbaik

Iklan
Jelyscka ditemani kakak (kiri) dan ibunya (kanan) pada Majlis Konvokesyen ke-28 Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan, di Wisma Pertanian, Kota Kinabalu.

Gagal dalam penanaman lada putih yang diusahakan sebelum ini punca Jelyscka Jango, 33, dari Tambunan, Sabah tekad menyertai program di Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan untuk menimba ilmu pertanian.

Jelyscka berkata, dia bercita-cita untuk mengusahakan tanaman sendiri tetapi tidak mempunyai ilmu dalam bidang pertanian.

Iklan
Iklan

"Selepas berhenti kerja di Kuala Lumpur pada tahun 2021, saya pulang ke kampung dan mengusahakan tanaman cili di belakang rumah tetapi gagal kerana tiada ilmu dalam bidang pertanian.

"Saya terlihat iklan permohonan kemasukan ke pusat latihan ini dan diterima untuk menyertai program latihan selama 10 bulan di mana akhirnya ia membuahkan hasil apabila banyak ilmu pertanian saya peroleh sepanjang belajar di pusat latihan tersebut," katanya.

Iklan

Jelyscka berkata demikian ketika ditemui Sinar Bestari pada Majlis Konvokesyen ke-28 Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan, di Wisma Pertanian, pada Khamis.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Jelyscka bercadang untuk mengusahakan tanah di Tambunan dengan penanaman nanas.

Iklan

"Tanaman ini sesuai di Tambunan kerana nanas memerlukan cuaca yang panas.

"Walaupun belum pernah menanam buah tersebut tetapi dengan ilmu yang saya peroleh sebelum ini mungkin akan lebih membantu supaya ia berjaya," katanya.

Katanya lagi, minat untuk menjadi petani turun daripada keluarganya yang juga menanam padi dan getah.

"Sejak kecil lagi keluarga saya memang mempunyai sawah padi jadi sudah tentu saya berminat dalam bidang pertanian.

"Bagi saya belum terlewat untuk menimba ilmu lagi-lagi dalam bidang pertanian," katanya.

Jelyscka menunjukkan trofi yang diterimanya pada Majlis Konvokesyen ke-28 Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan, di Wisma Pertanian, Kota Kinabalu.