Laporan kemajuan intervensi kurikulum diumum dalam masa terdekat - KPM

Iklan

Laporan kemajuan intervensi kurikulum yang merupakan salah satu daripada hala tuju reformasi pendidikan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, kemajuan implementasi terhadap intervensi kokurikulum itu yang sedang berjalan bertujuan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikannya relevan dengan keperluan murid.

Iklan
Iklan

"Kefahaman dan kerjasama antara guru, ibu bapa dan masyarakat adalah diperlukan bagi memastikan intervensi dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya," kata kenyataan itu.

KPM menyatakan intervensi kurikulum yang telah diumumkan pada Mac lepas mengandungi empat inisiatif.

Iklan

Antara empat inisiatif itu ialah Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 yang melibatkan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahap I sedia ada; serta pengesanan awal literasi dan numerasi bertujuan untuk mengenal pasti murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Inisiatif itu turut merangkumi Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah yang mesra ibu bapa dan pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik bagi semua mata pelajaran ditukar dalam bentuk peratus dan gred; serta Penataran Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 disebarluaskan kepada semua guru mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah rendah menerusi penganjuran webinar. - Bernama

Iklan