Peranan pengajar teruskan pembangunan pendidikan pasca Covid-19

Iklan
Gambar hiasan

Penularan novel coronavirus 2019 (Covid-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia pada waktu itu cuba untuk mengawal penularan wabak tersebut dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berkala.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kes berjangkit yang kian meningkat menunjukkan keadaan negara tidak akan pulih dalam satu jangka masa singkat.

Bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat, pelbagai sektor perlu dibangunkan kembali terutamanya sektor pendidikan yang turut terjejas semasa pandemik Covid-19.

Iklan

Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada waktu itu memperkenalkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dari peringkat sekolah rendah dan menengah, termasuk institusi pendidikan tinggi turut disarankan untuk mengadakan pembelajaran secara atas talian.

Iklan

Ini menyebabkan tenaga pengajar perlu bekerja lebih keras dan kreatif dalam menarik perhatian para pelajar serta memikirkan teknik mengajar yang sesuai mengikut keadaan pelajar.

Pembelajaran atas talian memerlukan tenaga pengajar dan pelajar untuk berinteraksi secara aktif bagi memastikan proses penyampaian ilmu berjaya dilakukan walaupun tenaga pengajar serta pelajar tidak bersemuka di dalam kelas atau dewan kuliah.

Bagi memastikan pelajar kekal aktif dan melibatkan diri dalam sesi pembelajaran, tenaga pengajar juga perlu mempelajari serta mencuba pelbagai aplikasi interaktif untuk digunakan dalam sesi pembelajaran.

Kahoot dan Quizizz antara aplikasi pembelajaran berasaskan permainan yang digunakan untuk mengenalpasti tahap pemahaman pelajar selepas proses pembelajaran dilakukan.

Padlet dan Dropbox pula merupakan aplikasi yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat bagi memudahkan pelajar mengulangkaji serta membuat rujukan.

Walaupun aplikasi sebegini boleh di muat turun secara percuma pada bila-bila masa, tidak semua pelajar boleh mengikut pembelajaran pada masa nyata iaitu dengan mengunakan Zoom, atau Microsoft Team yang memerlukan tahap kelajuan jalur lebar tinggi.

Bagi pelajar yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman, teknik mengajar tidak segerak adalah lebih sesuai, iaitu dengan memberikan rakaman video pengajaran melalui aplikasi Whatsapp atau Telegram.

Penggunaan aplikasi-aplikasi ini menunjukkan tenaga pengajar telah berusaha untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan penyampaian maklumat secara berterusan serta fleksibel kepada pelajar.

Pembelajaran atas talian bukanlah satu teknik pengajaran yang baru tetapi kewujudan pandemik Covid-19 memberi satu anjakan paradigma pada pelaksanaan pendidikan digital dalam sistem pendidikan negara ini.