Ruji Ubi, Ketua Setiausaha KPM baharu

Iklan
Perlantikan Ruji sebagai KSU KPM berkuat kuasa 5 September.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima ‘orang baru’ menerusi lantikan Datuk Ruji Ubi sebagai Ketua Setiausaha (KSU) KPM.

Beliau menggantikan Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) kerana Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azman Ibrahim bakal menjadi KSU Kementerian Kerja Raya (KKR).

Iklan
Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan seluruh warganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KSU KPM yang baru dilantik.

"Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada YBhg (Yang Berbahagia) Datuk,” ucap Fadhlina di media sosial.

Iklan

Dalam masa sama, warga KPM turut merakamkan ucapan terima kasih kepada KSU terdahulu, Nik Nasarudin atas jasa dan sumbangannya.

"Seuntai Kasih, Setulus Budi

Iklan

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi atas jasa dan khidmat bakti sebagai KSU KPM. Terima kasih atas kepimpinan cemerlang sepanjang berkhidmat di KPM,” kata mereka.

Terdahulu, kerajaan melaksanakan beberapa perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam membabitkan 12 individu, seiring hasrat untuk melaksanakan Reformasi Perkhidmatan Awam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perubahan itu dilaksanakan bagi menuntut kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan KSU, satu Timbalan KSU Kanan dan dua Ketua Pengarah.

1) Datuk Lokman Hakim Ali - KSU Kementerian Pertahanan (Mindef) berkuat kuasa 23 September 2024

2) Datuk Seri Isham Ishak - KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkuat kuasa - 23 September 2024

3) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad - KSU Kementerian Perpaduan berkuat kuasa 5 September 2024

4) Datuk Seri Suriani Ahmad - KSU Kementerian Kesihatan (KKM) berkuat kuasa 5 September 2024

5) Datuk Ruji Ubi - KSU KPM berkuat kuasa 5 September 2024

6) Datuk Azman Mohd Yusoff - KSU Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) berkuat kuasa 5 September 2024

7) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud - KSU Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berkuat kuasa 5 September 2024

8) Datuk Awang Alik Jeman - KSU Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuat kuasa 5 September 2024

9) Datuk Abd Shukor Mahmood - Timbalan KSU Kanan, Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 5 September 2024

10) Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi - Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 5 September 2024

11) Datuk Seri Azman Ibrahim - KSU Kementerian Kerja Raya (KKR) berkuat kuasa 5 September 2024

12) Muhammad Razman Abu Samah - Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 5 September 2024