Sejumlah 115 biasiswa berprestij oleh Yayasan Khazanah dianugerahkan kepada pelajar Malaysia yang berbakat dan berpencapaian tinggi sebagai dedikasi memupuk pemimpin masa depan negara.
Penyerahan biasiswa itu diadakan sempena majlis tahunan Hari Anugerah Yayasan Khazanah sekali gus meraikan pencapaian para penerima Khazanah semasa dan memberi penghormatan kepada penerima baharu.
Untuk rekod, sejak tahun 2006, seramai 1,610 individu cemerlang dalam perjalanan pendidikan mereka merentasi pelbagai bidang telah dianugerahkan biasiswa oleh Yayasan Khazanah.
Biasiswa Global, Watan dan Lestari menawarkan sokongan menyeluruh, termasuk bantuan kewangan, bimbingan akademik serta peluang pembangunan kepimpinan.
Penerima akan mendapat keistimewaan unik untuk belajar di universiti terkenal dalam dan luar negara, melanjutkan pengajian di dalam pelbagai bidang.
Di sebalik kecemerlangan akademik, program Biasiswa Khazanah memberi tumpuan kepada pemupukan individu yang serba lengkap.
Para penerima biasiswa akan mengambil bahagian dalam program latihan khusus, inisiatif bimbingan dan latihan amali untuk membangunkan kemahiran kepimpinan yang penting serta menimba pengalaman praktikal.
Program biasiswa Khazanah memperlihat komitmen untuk memupuk generasi pemimpin akan datang.
Dengan melabur dalam individu-individu muda yang berpotensi, program ini menyediakan laluan yang terbukti untuk berjaya dan memupuk perubahan positif di Malaysia dan seterusnya.
Rekod prestasi program melahirkan alumni yang berjaya dalam pelbagai bidang menekankan keberkesanannya dalam membangunkan pemimpin masa hadapan yang akan memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan negara.