Palapes pemangkin lahirnya wira negara

Iklan
Foto oleh: MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) universiti awam adalah aset penting negara yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi berilmu dari segi dunia ketenteraan dan pertahanan.

Mengikuti latihan sama seperti kadet tentera Malaysia, menjadikan mahasiswa Palapes mempunyai ketahanan diri dari segi mental dan fizikal.

Iklan
Iklan

Bahkan, mereka yang tamat latihan juga ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat leftenan muda dan berpeluang diserap ke dalam Rejimen Askar Wataniah.

Sisipan kali ini mungkin menarik minat adik-adik yang masih bersekolah, berminat untuk mengikuti latihan ketenteraan kerana bukan sahaja berpeluang mendalami ilmu bidang itu tetapi juga melatih sifat kepimpinan dalam diri.

Iklan

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ke-61 pada hari ini, jom ikuti kisah Palapes Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).