Fungsi dan peranan Maritim Malaysia

Iklan

1) Menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

2) Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

Iklan
Iklan

3) Mencegah dan menyekat perlakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.

4) Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan negara asing sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).

Iklan

5) Menjalankan pengawasan udara dan pantai.

6) Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan.

Iklan

7) Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai agensi.

8) Melaksanakan apa sahaja kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.

9) Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.

10) Mencegah dan menyekat aktiviti lanun serta mencegah dan menyekat pengedaran haram dadah narkotik di lautan lepas.

11) Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa tempoh darurat krisis khas atau perang.

12) Peranan Maritim Malaysia terbahagi kepada:

  • Mengawal
  • Melindung
  • Menyelamat

13) Bidang tugas mencakupi menguatkuasakan semua undang-undang persekutuan di laut, mengawal, mencegah dan menghapuskan kegiatan jenayah, mencari dan menyelamat atau (SAR), pengawasan kawasan maritim, memberi bantuan pengangkutan kepada agensi-agensi yang memerlukan semasa darurat dan berlakunya krisis serta semasa peperangan.

14) Peranan terhadap Sistem Pengawasan Maritim (Laut) Malaysia (SWASLA) dan Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim (PPPM).