Dua pelajar TVET Mara diiktiraf terbaik dunia dalam WSC 2024

Iklan
Kejayaan Ahmad Muizzuddin (kiri) dan Muhammad Hakimi (kanan) dalam WSC 2024 membuktikan usaha keras, ketekunan dan komitmen mereka berbaloi.

Penyertaan dua pelajar Malaysia aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Majlis Amanah Rakyat (Mara) di WorldSkills Competition (WSC) ke-47 Tahun 2024 di Lyon, Perancis, baru-baru ini mengejutkan ramai apabila mereka tersenarai sebagai ‘terbaik dunia’ dalam bidang masing-masing.

Ahmad Muizzuddin Mohd Razi dan Muhammad Hakimi Abu Bakar telah meraih Medallion for Excellence dalam bidang Bricklaying dan bidang Electrical Installation.

Iklan
Iklan

Menerusi kejayaan itu, Ahmad Muizzuddin dipilih untuk berada di kedudukan 10 terbaik dunia antara 22 peserta dalam bidang Bricklaying.

Manakala Muhammad Hakimi berada di ranking kesembilan terbaik dunia antara 31 peserta dalam bidang Electrical Installation.

Iklan

Kehebatan Ahmad Muizzuddin dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas, Kelantan dan Muhammad Hakimi (GiatMara Kota Bharu) membuktikan yang kemahiran dimiliki mereka mampu menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

Terdahulu, kedua-dua peserta hebat ini antara 15 peserta yang mewakili Malaysia dalam pelbagai bidang kemahiran ke WSC 2024.

Iklan

Keseluruhan kejayaan yang diraih mereka adalah satu pingat gangsa, empat Medallion for Excellence dan sembilan sijil penyertaan.

WSC yang dianjurkan secara dwitahunan menyediakan pelantar (platform) untuk individu muda menunjukkan kemahiran dan bakat mereka dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional.

Ia merupakan pertandingan kemahiran vokasional terbesar di dunia melibatkan bakat berkemahiran muda yang bersaing dalam lebih 50 kategori kemahiran berbeza.

Acara berprestij itu bukan sahaja meraikan kecemerlangan dalam bidang ketukangan tetapi juga memberi peluang kepada peserta menjalin rangkaian, belajar antara satu sama lain dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.