Mencabar tetapi seronok

Iklan

Afiqah, gadis ‘emas’ mahu lebih ramai pelajar ceburi geologi

Sering kita anggap bahawa pekerjaan melibatkan aktiviti perlombongan atau cari gali didominasi kaum lelaki.

Manakan tidak, ia merupakan salah satu bidang mencabar, selain memerlukan kekuatan fizikal dan mental tinggi.

Iklan
Iklan

Namun, semua itu tidak diendahkan Afiqah Ahmad Rafi yang memilih meneruskan kerjayanya sebagai pelombong emas atau lebih tepat lagi ahli geologi perlombongan penerokaan industri perlombongan emas.

Berkongsi kepada Sinar Bestari, Afiqah, 27, memberitahu, minatnya terhadap batu bata tercetus dek sokongan dan dorongan pensyarahnya ketika menuntut di University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat (AS) dalam Bachelor of Science Geology and Geophysics with Environmental Studies Certificate.

Iklan

Anggapan bahawa bidang geologi hanya melibatkan pekerjaan industri minyak dan gas berubah selepas Afiqah didedahkan dengan cabang berkaitan batu bata serta perlombongan emas.

"Saya tahu mengenai pekerjaan geologi dalam minyak dan gas daripada sepupu yang bekerja di Petronas.

Iklan

"Mulanya, memang rasa mahu cuba bidang sama, namun apabila sudah diberitahu tentang batu bata, minat saya pun berubah.

"Saya memang minat kerja secara •outdoor •dan apabila belajar dalam bidang melibatkan batu ini, timbul pula rasa suka. Dari situ, terfikir geologi tidak semestinya kita perlu bekerja dalam sektor atau industri minyak dan gas sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai sejarah pendidikan, Afiqah mengakui bersekolah menengah di sekolah harian biasa dan memilih aliran Sains sebelum mendapat tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyambung pelajaran ke AS.

Tidak hanya itu, wanita ini berjaya mendapat biasiswa universiti menyertai Geology Field Camp bersama beberapa pelajar geologi lain ke Utah dan Colorado, AS bagi melakukan tugasan praktikal.

"Pada minggu akhir, kami dibawa ke Newmont Gold Mine, Nevada dan saya dapat menyaksikan sendiri operasi perlombongan emas terbesar dunia.

"Sejak itu, saya bertekad meneruskan pengajian dan bekerja dalam bidang ini,” kongsi Afiqah.

Hantar sampel batu ke tadika

Gadis kelahiran Selangor yang kini bertugas sebagai Senior Mining Geologist di Wullersdorf Resources Sdn Bhd, Sabah, berkata pendedahan mengenai bidang ini amat penting bermula dari peringkat sekolah agar dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk menceburi kerjaya yang mencabar tetapi menyeronokkan.

Jelasnya, ketika menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat di AS, mereka memberi pendedahan tentang batu bata kepada murid tadika dengan menghantar sampel.

"Tiga jenis batu asas iaitu Igneous rock contohnya granit, Metamorphic rock seperti marbleatau marmar dan Sedimentary rock iaitu batu kapur dihantar ke tadika sebagai pendedahan awal.

"Ia penting bagi membezakan skop kerjaya geologi dan geografi yang masih disalah anggap oleh sesetengah pihak.

"Bagi saya, ia idea yang menarik untuk mengetengahkan cabang kerjaya geologi bermula dari peringkat sekolah,” katanya.

Afiqah turut memberi kata-kata semangat kepada pelajar yang berminat menceburi bidang sama sepertinya namun dihantui rasa ragu-ragu.

Katanya, pelajar perlu menetapkan keyakinan dan berani agar tidak mudah mengalah dalam apa jua bidang yang diceburi termasuklah geologi.

Apatah lagi katanya, geologi ini sering dikaitkan dengan kerjaya dimonopoli golongan lelaki, namun wanita juga perlu tampil yakin sekiranya memasang niat dan minat dalam pekerjaan berkenaan.

"Selalu pelajar perempuan takut hendak masuk bidang geologi. Mungkin menganggap pekerjaan sektor ini kasar, penat dan panas.

"Sebenarnya tiada apa yang hendak ditakutkan asalkan kita yakin dan berani,” katanya.

Penerokaan cari gali sebutir emas

Afiqah berkata, skop tugas ahli geologi adalah mempraktikkan ilmu teori geologi dalam praktikal dunia sebenar, contohnya mencari emas.

Sebagai ahli geologi penerokaan, proses mencari emas melibatkan tinjauan kawasan baharu sama ada di hutan, kawasan pergunungan dan tepi sungai.

Kawasan yang berpotensi dibersihkan bagi tujuan pensampelan seterusnya ditebuk lubang untuk proses analisis lebih mendalam mengenai lokasi terbabit.

"Selepas mendapat kepastian, kawasan itu akan ditanda sebagai economic dan sustainable sebelum ke fasa mining, di mana ahli geologi perlombongan perlu memantau, selain memastikan sumber emas boleh diambil.

"Mereka juga bertanggungjawab menghasilkan tiga dimensi (3D) model dari Mining Software bagi meramal jumlah sumber yang masih berada di dalam bumi,” jelasnya.