Bas sekolah terbakar di Thailand, 25 dikhuatiri maut

Iklan
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah bas sekolah dari Uthai Thani. - Foto: Bomba & Penyelamat Thailand

Kebakaran dahsyat melanda sebuah bas Thailand yang membawa 44 pelajar dan guru dalam satu lawatan sekolah hari ini, kata pegawai, dengan menambah sehingga 25 dikhuatiri maut.

Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan, terdapat kematian dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Iklan
Iklan

Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit menyatakan bahawa jumlah kematian masih tidak jelas tetapi 25 orang masih hilang selepas kebakaran terbabit.

"Laporan awal menyatakan terdapat 44 orang di dalam bas, termasuk 38 pelajar dan enam guru. Sehingga kini, tiga guru dan 16 pelajar sudah berjaya keluar.

Iklan

"Bagi mereka yang masih hilang, kami belum mendapat kepastian," katanya kepada wartawan.

Bas berkenaan beroperasi menggunakan gas mampat dan kemalangan itu menyebabkan pembakaran tangki bahan bakarnya, kata pekerja penyelamat terbabit.

Iklan

Rakaman video dari lokasi menunjukkan api membakar bas terbabit ketika ia terbakar di bawah jejambat, dengan awan asap hitam tebal menjulang ke langit.

Sebagai seorang ibu, beliau menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga yang terlibat.

Kebakaran itu sudah dipadamkan tetapi pekerja penyelamat terpaksa menunggu bas berkenaan sejuk sebelum memulakan pencarian untuk mangsa, kata seorang pekerja penyelamat.

Thailand mempunyai salah satu rekod keselamatan jalan raya terburuk di dunia, dengan kenderaan tidak selamat dan pemanduan yang buruk menyumbang kepada jumlah kematian tahunan yang tinggi. - AFP