Ratusan pelajar Korea Selatan jadi mangsa video deepfake?

Iklan
Seramai 799 pelajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah serta 31 guru menjadi mangsa video deepfake setakat tahun ini, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik tinjauan terbaharu pada Isnin.

Kementerian Pendidikan Korea Selatan mendedahkan bahawa sejumlah 833 individu, termasuk tiga kakitangan sekolah menjadi mangsa video deepfake dari 1 Januari hingga 27 Oktober tahun ini.

Iklan
Iklan


Sepanjang tempoh itu, sebanyak 504 laporan dikemukakan kepada pihak sekolah dan daripada jumlah itu, 417 kes dirujuk kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, manakala 218 kes dirujuk untuk tindakan penghapusan video.

Korea Selatan menyaksikan peningkatan ketara dalam jenayah seks menggunakan teknologi deepfake, yang melibatkan manipulasi imej wajah, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. - Bernama Yonhap
Iklan
Iklan